Wednesday, August 25, 2010

Jemputan walimah abg Long kami=)

Salam,

Jemputan ke walimah y diterima 2 hari lepas drpd abg Long kami sangat menggembirakan hati.
Akhirnye abg Long akan menamatkan zaman bujangnye yg pada masa itu beliau kami(rakan2 mantan MPP. UTeM) panggil dgn gelaran "Abg Bujang". Beliau merupakan y paling senior menurut tingkatan umur jadi molek benar kami panggil "Abg Long".

Abg Long y ku kenal amat "supportive".Boleh dikatakan keterlibatan beliau amat aktif dan kalau tak jadi orang2 kuat (AJK) dalam satu-satu program,beliau tetap hadir bagi kami sokongan dan nasihat.

Daripada beliau juga aku belajar utk tetap murah senyuman walaupun memikul tanggungjawab sbg student dan wakil pelajar. Boleh dikatakan beliau xkenal erti penat,ada shj yang nak diusahakan supaya satu-satu inisiatif y diputuskan membawa kejayaan.

sempena memasuki fasa kehidupan berumahtangga,aku doakan abg Long dan kak Long nnt hidup aman damai dan bijaksana dalam melayari bahtera kehidupan di samping dihiasi dengan cahaya mata penyejuk hati yang soleh dan solehah.begitu juga buat sahabat2 di dalam kabinet MPP y pernh bekerja bersama2 tidak kira yang sudah berkahwin (Zack,Zu) yang bertunang,yang berkeluarga, semoga dalam perlindungan Allah selalu.Mgkn tidak sempat aku kirimkan sms bertny khabar,boleh jadi sms ku terkandas di tgh jalan,tapi ku harap kalian selalu bahagia,dengan doa dari jauh ini..

Amiin..

No comments:

Post a Comment