Salam,
Penulis merasa terpanggil untuk menulis sempena keraian Hari Kemerdekaan 2010.
Walaupun tidak disambut seperti mana yang ditunjukkan di tv dengan menghadiri perarakan atau majlis-majlis anjuran mana-mana pihak, cuti yang diwartakan digunakan sepenuhnya.
Setiap tahun, kemerdekaan disambut serba sederhana, dengan menghayati erti kemerdekaan yang dilontarkan oleh individu yang berkongsi tidak kira yang penulis melihat sendiri melalui kaca tv atau yang tidak berat mulut mengutarakan pendapat dalam perbualan seharian.
Bagi tahun 2010, penulis tergerak untuk berkongsi apa yang difahami dengan kemerdekaan bagi diri penulis. Merasa merdekalah menjadikan penulis dpt berkongsi melalui penulisan ini.
Ekonomi yang merdeka dimanifestasikan dengan peluang mencari rezki pendapatan buat menampung perbelanjaan penulis seharian. Tidak seperti zaman sekolah dan University, yang sumber kewangan bergantung kepada pemberian dari keluarga dan pinjaman PTPTN. Kini, keperluan yang bertambah dengan penggunaan kereta untuk mobiliti menjalankan aktiviti pekerjaan, perniagaan, jalinan silaturrahim, dan riadah.Moga ianya diterima sebagai ibadah di sisi Pencipta.
Spiritual yang merdeka dirasakan dengan peluang merasakan keinginan untuk menelusuri ilmu-ilmu yang bukan saja baru untuk diri penulis, tetapi yang lama pun perlukan pencerahan apabila ianya diulang dan diamal. Sudah tentu yang diamal sekali tidak sama dengan penghayatab apabila dilakukan berulang2. Banyak peluang-peluang menuntut ilmu terhidang tambahan pula bulan Ramadhan, bulan ilmu.Ceramah dan tazkirah ada di setiap media. Boleh dikatakan, kemerdekaan memilih media yang mana untuk dijadikan santapan rohani buat bekalan.Berlapang dada dengan ilmu yang dipelajari dan menghormati perbezaan yang wujud dengan pengamalan yang pelbagai bila kita bermasyarakat.
Kemerdekaan menjalankan tanggungjawab professional penulis huraikan dengan cabaran di dalam dunia kerjaya yang menuntut penulis untuk menjalankan tugas secara "multi task". Peluang memikul tanggungjawab tidak penulis lepaskan memandangkan tugasan yang diberi sesuatu yang baru buat diri penulis tetapi "skill set" yang pelbagai amat diperlukan supaya penulis memahami selok-belok memberikan perkhidmatan dan prestasi yang baik kepada semua yang berurusan dengan penulis di dalam kerjaya yang diceburi. Berpuasa di bulan Ramadhan bukan alasan untuk tidak produktif, malah kita dituntut untuk merebut peluang memerdekakan diri dari kebiasaan beralasankan keletihan di bulan mulia ini.
Kemerdekaan juga menguji kita dengan kemampuan memilih antara manfaat dan mudharat. Apa yang penulis dapat coretkan tentang ini berdasarkan keputusan sehari-hari yang dibuat yang mempengaruhi kehidupan penulis tidak kira jangka panjang atau jangka pendek.Moga Allah selalu memandu pilihan kita kepada yang terbaik untuk diri kita semua. Merdeka tahun ini bukanlah tentang sambutan 31 Ogos yang diraikan sehari ini saja, tetapi pengertian dalam memaknakan merdeka dalam kehidupan sehari-hari.
No comments:
Post a Comment